Wednesday, May 30, 2007

KeS LiNa JoY DaH SeLeSai


Syukur Alhamdulilah kepada ALLAH kerana hari ini selesai sudah perbicaraan Lina Joy,sekali lagi bagi harapan kepada kita bahawa apabila hasrat dia untuk menukar perkataan islam dalam kad pengenalan tidak berjaya.Bayangkan jikalau keputusan berlaku sebaliknya,maka bertambah buruk lagi keadaan yang akan berlaku kepada anak-anak melayu kita pada masa akan datang.

Azlina Jailani, wanita yang menukar agama ke Kristian, gagal dalam rayuannya hari ini untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan untukmemaksa Jabatan Pendaftaran Negara memadamkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya.

Dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Azlina, 42,yang telah menukar namanya kepada Lina Joy, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum JPN boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.

Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata, JPN berhak untuk menggenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Ahmad Fairuz dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Sherif menolak rayuan itu, manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum, membenarkan deklarasi yang dipohonnya.

Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept., 2005 menghalangnya daripada menggugurkan perkataan"Islam" dari kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.

Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden. Pada 2 Feb., 1997, dia memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy dengan alasan dia telah menganut agama Kristian, tetapi permohonan itu ditolak pada 11 Ogos, 1997.

Mari lah sama-sama kita berganding tenaga bagi memastikan sahabat,masyarakat dan anak bangsa kita selamat daripada fitnah murtad ini.Hargailah nikmat paling besar yang ALLAH anugerahkan kepada kita dengan islam dan iman sebagai tiket untuk menuju kebahagian negeri Akhirat yang kekal abadi.Dan pastikan diri kita berada dalam perlindungan ALLAH selalu.Dan minta doalah selalu semoga ALLAH jauhkan kita dari segala fitnah yang akhirnya mengundang bala ALLAH S.W.T.

No comments: