Monday, May 21, 2007

TaUbAt

Setiap insan yang bernama manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa samada kecil atau besar,oleh hal yang demekian maka Rasullah S.A.W meneladani kita dengan amalan bertaubat kepadaNYA untuk menebus segala kesalahan yang lalu.Sebagaimana mafhum daripada sebuah hadis bersabda Rasullah S.A.W :”Setiap daripada Anak Adam melakukan kesalah,dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang-orang yang sentiasa bertaubat”.

Seorang hakim ditanya: Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah diterima?
Jawabnya : Ya, ada 4 tanda atau alamatnya iaitu:

1. Putus hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bersahabat dengan orag-orang soleh
2. Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ketaatan.
3. Hilang rasa kesenangan kepada dunia pada hatinya dan selalu ingat akan kesusahan akhirat
4. Percaya kepada jaminan Allah dalam urusan rezekinya lalu menyibukkan diri menunaikan perintah Allah

Maka bila terdapat semua sifat itu maka dia termasuk dalam ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang bertaubat dan kasih pada yang suka bersuci".

Kemudian dia berhak memperolehi daripada orang lain 4 perkara iaitu:

1. Mereka cinta kepadanya kerana Allah telah cinta kepadanya
2. Mereka akan memeliharanya dan selalu mendoakannya
3. Mereka lupa terhadap dosa-dosanya yang telah lalu
4. Mereka selalu membantu dan mendekatinya

Manakala Allah akan memuliakannya dengan 4 perkara:

1. Melepaskannya dari dosa sehingga seolah-olah dia tidak pernah berdosa
2. Dia dicintai oleh Allah
3. Dia dipelihara dari gangguan syaitan.
4. Dia diamankan dari rasa takut sebelum keluar daripada dunia ini

Renunglah dan hitung-hitungkanlah diri kita semua,adakah setimpal taubat yang kita lakukan berbanding dengan kesalahan yang kita perbuatkan selama ini.Marilah sama-sama kita perbanyakkan amalan taubat terhadap ALLAH,terutamanya diri ini yang serba kurang lagi daif.Ya ALLAH bagilah kekuatan kepada kami supaya sentiasa melakukan taubat terhadapMU dan sentiasa mentaati segala suruhanMU dan meninggalkan segala laranganMU dalam menempuhi hidup yang masih lagi berbaki.Semoga mendapat redhaMu di Dunai dengan keberkatan hidup dan redhaMu di Akhirat dengan Syurga yang kekal abadi.


No comments: