Sunday, April 29, 2007

5 PeRkarA meNguNdAng BaLa ALLAH pAda AkhiR zAmAn

SABDA JUNJUNGAN MENGENAI AKHIR ZAMAN

Daripada Ibnu 'Umar radhiallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berhadap kepada kami (pada suatu hari) lalu beliau bersabda: "Wahai kaum Muhajirin, 5 perkara jika kamu telah ditimpakan bala dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tiadalah kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah Ta'ala, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkata itu ialah:

1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani melakukannya secara terang-terangan, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiadalah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan ditimpakan bala dengan kemarau dan kesusahan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tidaklah mereka menahan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiadalah binatang (yang hidup di permukaan bumi ini) sudah pasti mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Ta'ala.

4. Dan tiadalah mereka memungkiri janji Allah dan rasulNya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka menguasai mereka, maka musuh itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpim -pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri"

Daripada sabdaan Rasullah S.A.W. di atas itu marilah sama-sama kita mengambil pengajaran dan jadikannya sebagai kayu pengukur bagi memastikan diri dan umat kita terselamat dari bala ALLAH S.W.T. yang pastinya apabila ia turun semua manusia tidak akan terlepas.Oleh itu berwaspadalah selalu dan pastikan diri ,keluarga ,dan masyarakat kita terpelihara daripada melakukan 5 perkara yang Rasullah S.A.W. pesan supaya terselamat dari bala ALLAH S.W.T.Dan seterusnya mendapat keberkatan hidup di dunia dan mendapat kejayaan di Akhirat sana,insyALLAH………


Wednesday, April 25, 2007

QuRaN pEnYeLeSai SeGaLa MaSaLah

Setiap insan pasti mahukan kesenangan, kesejahteraan, kenikmatan dan keselesaan. Tidak ada sesiapa yang mahu hidupnya dipenuhi kesusahan, kesengsaraan dan diselubungi masalah berpanjangan.

Kadangkala atas sebab tertentu seseorang itu mengalami bermacam masalah penyakit jiwa seperti tekanan perasaan, runsing, resah gelisah dan lebih parah lagi boleh menyebabkan seseorang tidak dapat membuat pertimbangan dengan betul.

Sebenarnya apabila kita merujuk kepada al-Quran, memang dijelaskan sebab penyakit itu berlaku antaranya seseorang itu tidak dapat menerima ujian Allah.

Contoh, apabila seseorang itu diberikan ujian oleh Allah sama ada berbentuk kesusahan, bala bencana seperti banjir, kemarau, kebakaran, kemiskinan, kematian atau penyakit, maka jiwanya akan mula gelisah dan berkeluh kesah.

Begitu juga apabila Allah mengurniakan nikmat berupa kekayaan kepadanya, maka timbul sikap bakhil atau kedekut dalam dirinya untuk menolong orang yang memerlukan bantuan.

Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.” (Surah al-Ma’arij, ayat 19-23)

Tekanan perasaan juga berlaku disebabkan seseorang itu tidak mengingati Allah, kurang menghayati dan melaksanakan ajaran agama. Mereka lebih mementingkan tuntutan hawa nafsu semata-mata tanpa mempedulikan keperluan rohaniah.

Mereka lebih suka berhibur dan melupakan amal salih yang menjurus kepada takwa seperti solat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Maka tidak mustahil insan sebegini akan mudah mengalami penyakit jiwa atau tekanan perasaan.

Allah berfirman yang bermaksud: Dan siapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit (resah gelisah dan tidak tenteram jiwanya) dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta (meraba-raba dalam kesesatan seperti keadaannya di dunia).” (Surah Thaha, ayat 124)

Amat mendukacitakan pada masa ini ada kalangan umat Islam mengabaikan pendidikan al-Quran, tidak mengikut petunjuk dan bimbingan al-Quran dalam urusan kehidupan mereka, apatah lagi menggunakannya sebagai penawar mengubati penyakit jiwa yang mereka alami.

Ada antara kita cuba menyelesaikan masalah dengan cara bertentangan syarak seperti berjudi, meminum arak dan mengambil dadah. Bahkan ada menjadikan orang lain sebagai tempat melepaskan geram seperti melakukan penderaan terhadap isteri atau anak, memukul atau membunuh orang dan berkemungkinan juga bertindak membunuh diri sendiri.

Semua itu dilakukan kerana mereka beranggapan dengan cara begitu saja permasalahan mereka dapat diatasi. Hakikatnya, perlakuan sebegitu hanya akan menambahkan lagi kekusutan jiwa atau tekanan perasaan.

Sesungguhnya, bagi memperoleh suasana hidup aman damai, sejahtera, harmoni dan tenang jiwa, agama Islam menggariskan panduan yang sangat berkesan untuk merawat penyakit jiwa atau tekanan perasaan, antaranya:

  • Sentiasa berzikir (mengingati Allah). Allah berfirman yang bermaksud: “…(Allah) memberi petunjuk ke jalan agama-Nya, sesiapa yang rujuk kepada-Nya; (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 27-28)
  • Melaksanakan segala perintah Allah dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Firman Allah yang bermaksud: Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya) serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami memberikan kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil daripada berbuat kebajikan dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan (neraka).” (Surah al-Lail, ayat 5-10)
  • Menyucikan jiwa dengan menjauhi daripada segala sifat mazmumah (sifat yang tercela) seperti hasad dengki, fitnah, takbur (menyombong diri), riak, mengumpat dan terlalu cintakan dunia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih itu - susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat.” (Surah al-Syam, ayat 9-10)

Sesungguhnya kekuatan iman berperanan sebagai benteng dalam mengharungi cabaran kehidupan di dunia ini. Oleh itu, dengan kembali kepada ajaran agama dan mengamalkannya jiwa manusia akan terselamat daripada kegelisahan dan kekusutan.

Jangan disebabkan terlalu sibuk mengejar kesenangan dan kemewahan dunia mengakibatkan kita lupa kepada agama. Sesungguhnya Allah memberikan jaminan bahawa manusia yang ikhlas melaksanakan segala ajaran-Nya akan mempunyai hati dan jiwa yang tenteram.

Sama-samalah berdoa semoga Allah sentiasa memberikan kepada kita kehidupan aman, tenteram dan jiwa yang tenang.

Sunday, April 22, 2007

Pesan Untuk Pemuda Muslim

Wahai pemuda muslim, kamu diciptakan di muka bumi ini untuk mewujudkan ketaatan dan pengabdian kepada Allah serta untuk menyerahkan diri sepenuhnya terhadap seluruh keputusan-Nya. Sebagaimana dalam firman-Nya:

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Adz-Dzariyat 56) Sesungguhnya misi besar yang Allah berikan kepada kamu adalah menjalankan hukum-hukum-Nya di seluruh penjuru dunia dan untuk mengalihkan manusia dari penghambatan terhadap sesamanya serta untuk membebaskan manusia dari alam yang sempit menuju alam bebas merdeka.

Untuk mewujudkan misi tersebut, pemuda muslim harus mempunyai 4 kriteria:

1. Iman yang kuat, yang akan bertambah dengan ketaatan kepada Allah SWT dan rasul-Nya dan menghindari dengan kemaksiyatan kepada-Nya (Al-Hadits)

2. Tekad yang kuat tanpa rasa takut (Al-Ahzab 39)

3. Usaha yang berkesinambungan, tanpa mengenal malas dan jemu

4. Rela berkorban, tidak mengharap apa-apa kecuali 2 alternatif "menang atau mati syahid".

Ketahuilah wahai pemuda muslim, sesungguhnya kader-kader mu'min yang digembleng Rasulullah SAW di Darul Arqam dahulu terdiri dari para pemuda yang teguh. Waktu itu usia Abu Bakar tiga tahun lebih muda dari usia Rasulullah SAW (40 th). Bahkan Umar bin Khatab masih berusia 27 tahun dan Ali Ra. adalah orang yang termuda dari keempat khalifah tersebut. Selain itu juga banyak pemuda lain seperti Abdullah bin Mas'ud, Mush'ab bin Umar, Bilal bin Rabah, dan ratusan pemuda yang lainnya.Ughab bin Nafi yang berdiri di pantai Samudera Atlantik di hujung barat berdo'a kepada Allah SWT, "Demi Rabb Muhammad, sekiranya bukan kerana bentangan samudera ini yang menjadi penghalang, nescaya aku akan serahkan seluruh jiwa raga ini demi meninggikan kalimat-Mu, wahai Rabbku, saksikanlah".

Dari tangan-tangan mujahid-mujahid muda inilah mereka berhasil menaklukkan IMPERIUM SUPER POWER. Mereka juga berhasil melakukan ekspansi ke berbagai negara. Wahai pemuda muslim, tentu kalian sudah pernah mendengar 5 butir semboyan yang sering dilontarkan oleh banyak lidah, yakni:

1. Allah tujuan kami
2. Rasul ikutan kami
3. Al-Qur'an undang-undang dasar kami
4. Jihad jalan kami
5. Syahid di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Sesungguhnya semboyan-semboyan di atas hanya akan menjadi "GINCU" bibir belaka bila kamu tidak memiliki reaksi apa-apa terhadap semboyan itu. Juga tidak akan dapat mengkristalkannya jika kamu belum berkaca kepada "murid-murid" binaan Rasulullah SAW yang terdiri dari Khulafaurrasyidin, para sahabat, dan orang-orang yang mengikuti jejak-jejak langkah mereka. Sesungguhnya 5 semboyan di ataslah yang dapat menunjukkan indikasi, apakah seseorang itu benar-benar muslim sejati ataupun ia hanyalah seorang muslim yang fasiq, munafiq, zalim, ataupun kafir. Wahai saudara-saudaraku sesama muslim, renungkanlah serta hayatilah makna dari hadits berikut ini:

"Diriwayatkan oleh Abu Khaitsamah Ra. yang ditinggal anaknya pada perang Badar, maka iapun datang menghadap kepada Rasulullah SAW seraya berkata, "Sungguh aku sangat merasa kecewa dalam perang Badar, padahal aku sangat berambisi (untuk mati syahid), sampai-sampai aku mengikutsertakan putraku Khaitsamah dalam pertempuran tersebut. Ternyata ia kena anak panah, dan itulah yang membuatnya syahid.

Semalam aku melihatnya dalam mimpi-mimpiku. Ia tampak datang dengan wajah berseri-seri, seraya berjalan di antara rimbunnya pepohonan surga yang dikelilingi sungai-sungai. Ia berkata kepadaku, "Wahai ayahku, sudilah kiranya ayah menemani kami di dalam surga ini. Sungguh aku benar-benar mendapatkan kebenaran janji Rabbku". Ya Rasulullah, hal itulah yang membuatku merasa rindu untuk menemaninya. Apalagi usiaku sudah semakin lanjut dan tulang-tulangku sudah terasa rapuh, rasanya aku sudah ingin sekali berjumpa dengan Rabbku. Maka sudilah kiranya baginda mendo'akan aku, semoga Allah mengurniakan kepadaku syahadah, sehingga dapatlah aku menemani Khaitsamah di dalam surga". Rasulullah pun mendo'akannya, akhirnya ia menemui syahidnya dalam perang Uhud."

Wahai saudara-saudaraku para pemuda Islam, begitukah gila dan semangat para pemuda bimbingan Rasulullah SAW. Mereka saling berlumba-lumba untuk saling mendapatkan keredhaan tuhannya, Allah SWT walaupun hingga nyawa sebagai taruhannya. Bahkan mereka sendiri yang meminta agar dapat mati dalam membela agama Allah (Islam). Lalu bagaimana dengan kita semua? Apakah Islam yang kita sandang hanyalah di bibir kita saja? Tidakkah kita akan merasa malu kelak apabila kita akan berjumpa dengan Allah SWT, Rasulullah SAW, saudara-saudara mu'min dan muslim yang lain di Yaumul Akhir nanti?

Kita mengaku bahwa kita muslim, namun kita tidak pernah melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Kita tidak pernah meneladani apa-apa yang beliau ajarkan dan mengikuti apa-apa yang mereka lakukan. Bahkan kita menghadap diri dengan membawa sekian banyak dosa kita yang belum pernah bertaubat kepada-Nya.

Wahai diri, insaflah kamu semua, laksanakan semua ibadah yang kamu bisa, karena ibadah bukan hanya solat, zakat, puasa, dan yang sejenisnya saja. Serta jauhilah dan cegahlah semua kebathilan dengan segala kemampuan kamu, kerana kamu mampu melaksanakannya. Masuklah kamu kepada "kelompok-kelompok" yang di dalamnya terdapat orang-orang yang mu'min, orang-orang yang berusaha untuk dapat menerapkan semua aturan-Nya. Kerana dengan begitu, kamu akan terjaga dari kemaksiyatan dan dapat mawas diri daripada-Nya.

Ingatlah! Islam bukanlah agama yang tidak mempunyai musuh, sesungguhnya musuh-musuh Islam sangatlah banyak sekali dan pada saat ini mereka sedang berkuasa di atas bumi ini dan tengah melaksanakan tugas-tugas (rencana jahatnya) terhadap kita semua.

Jadi, dengarlah seruan ini, masuklah kamu dalam agama Islam secara keseluruhan agar Allah selalu meredhai kamu dan mencintai kamu. Masuklah kamu di dalam kelompok-kelompok orang yang berusaha untuk menegakkan agama-Nya di atas bumi ini. Dan semoga Allah SWT melimpahkan segala rahmat, berkah, dan hidayah-Nya kepada kita. Amin……..


Thursday, April 12, 2007

CoReTaN EmiN

Kehidupan di dunia adalah bersifat sementara sahaja, kesudahannya adalah alam Akhirat yang bersifat kekal abadi.Hidup di dunia merupakan jambatan menuju Akhirat yang kekal dan di sanalah penentuan samada baik atau buruk nasib seseorang, kerana ALLAH S.W.T telah menyediakan dua kediaman utuk manusia samada syurga atau neraka.

ALLAH jadikan kehidupan dunia yang bersifat sementara ini sebagai tempat untuk menguji sejauh mana ketaatan dan kepatuhan manusia terhadapNYA, dengan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah yang ditinggalkan kepada junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Jibril.Sebagaimana mafhum hadis maksudnya "AKU tinggalkan kepadamu dua perkara yang mana jikalau kamu berpeggang teguh kepada kedua-duanya nascaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu al-Quran dan al-Sunnah".

Oleh itu sedarlah wahai insan dengan hakikat semua ini, dan marilah sama-samalah kita muhasabah diri masing-masing adakah selama ini kita telah menjalani segala suruhan ALLAH dan meninggalkan segala laranganNYA, yang mana pastinya apabila ingkar terhadap perintahNYA dimurkai ALLAH. Sebagaimana mafhum firman ALLAH S.W.T. maksudnya "tidaklah AKU jadikan manusia dan jin melainkan untuk memperhambakan diri mereka kepadaKU".

Sedar atau tidak kita sekarang sedang melalui zaman yang penuh dengan teknologi moden dan serba maju dalam semua keadaan iaitu dikenali sebagai zaman dunia terbuka. Dalam masa yang sama juga kita dapati pelbagai kerosakan dan kepincangan yang berlaku di dalamnya tanpa ada cegahan daripada pihak berwajib, malah memberi ruang sepenuhnya.Kalau kita tengok sekarang nie terutamanya di tanahair kita sendiri pelbagai kerosokan berlaku tanpa di bendung dengan serius, contohnya gejala murtad,keruntuhan moral dan akhlak anak-anak muda yang begitu menggerunkan kita semua.Bagaimanakah jadinya tanahair kita untuk jenerasi dan pelapis yang akan datang??????sama-samalah kita muhasabah diri ekkkk!!!!

Sedar tak sedar kita semakin dekat dengan hari yang dijanjikan ALLAH sebagai Kiamat, yang pasti akan berlaku.Semakin hari semakin kurang umur hidup kita di dunia yang fana ini, yang bakal menemui mati dan bakal berhadapan dengan perhitungan ALLAH S.W.T. yang begitu adil dan tak rasuah sama sekali.Marilah sama-sama kita menyedari hakikat ini dengan insaf dan mengislahkan diri dari tak baik kepada baik dan dari baik kepada terbaik.Hanya kitalah yang mampu mengubah diri masing-masing, karana ALLAH telah menyatakan dalam al-Quran maksudnya “Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali diri dia sendiri yang berubah.”

Hanya sekadar ini saja yang dapat saya coretkan buat tatapan semua kawan-kawan, mudah-mudahan dengan sedikit kata-kata ini dapat mencetuskan rasa keinsafan dalam diri dan sama-sama kita muhasabah demi untuk kebaikan bersama.Hitung-hitungkanlah diri masing-masing sebelum tiba perhitungan ALLAH S.W.T di mahkamah Akhirat, yang mana hari tidak ada manfaat oleh anak pinak dan harta benda melainkan meraka yang datang kepada ALLAH dengan hati yang sejahtera. Dan insyALLAH mudah-mudahan memperolehi keredhaan di Dunia dan seterusnya di Akhirat……


Monday, April 2, 2007

ISLAM DAN KENEGARAAN

Fahaman yang menyatakan masalah politik atau kenegaraan dipisahkan daripada islam ditanam oleh penjajah ke dalam fikiran sebahagian besar ummat islam.Sebenarnya teori ini diambil daripada Kristian yang dianut oleh dunia barat dan juga hasil pertembungan di antara gereja dan istana dan juga di antara gereja dan perkembangan ilmu sains yang mencetuskan revolusi industri.

Penjajah bukan sahaja dalam memasukkan fahaman tersebut ke dalam pemikiran ummat islam dan tanahair mereka,tetapi juga dapat mewujudkan di kalangan ummat islam sendiri meraka yang menganut dan memperjuangkan fahaman tersebut.

Di antara faktor yang meneluskan ajaran itu ke dalam masyarakat islam ialah kerana penyelewengan pemerintah, kemajuan ulama' dan kejahilan ummat. Ulama' yang jumud pula bersengkongkol dengan kerajaan sehingga membolehkan undang-undang ciptaan manusia dilanksanakan dan syariat Islam ditinggalkan.

Kesemua mereka yanag menganut sekularisma, sama ada kanan atau kiri mengaku menjadi penganut dan pengamal Islam, tetapi pada masa yang sama mereka tidaktunduk dan patuh kepada hukum Islam, perintah dan larangan kitab al-Quran dan al-Sunnah, bahkan memaksa Islam tunduk kepada segala kemahuan mereka dengan cara dan kadang-kadang sampai tahap mempersenda-sendakan Islam tu sendiri.

Perkara kenegaraan menjadi sebahagian daripada ajaran Islam berdalilkan nas-nas al-Quran al-Karim, sunnah Rasullullah S.A.W. difahami oleh ummat Islam sebelum dipengaruhi penjajah. Ini dibuktikan oleh sejarah Islam dan pengakuan para orientalis yang mengkaji tentang ajaran Islam.

Hakikatnya negara Islam mempunyai sifatnya yang tersendiri berlandaskan aqidah dan perlaksanaan syariatnya yang syumul sehingga dapat membezakannya dengan negara autokrasi (ugama) dan demokrasi yang dikenali oleh orang-orang bukan Islam.

SeLaMaT MeNyAmBuT mAuLiD rAsUL

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah." Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga." Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam."sebarkan...syukran

Sunday, April 1, 2007

My BLoG iMie

Sesungguhnya Allah telah memberi karunia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan nabi) itu, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (QS Ali Imran: 164)