Sunday, May 27, 2007

ReNunGaN bErSaMa

Israel memang sedar duduki wilayah Palestin tidak sah

Satu memo sulit yang didedahkan hari ini membuktikan kerajaan Israel sememangnya menyedari tindakannya menduduki wilayah Palestin adalah tidak sah selepas ia menang dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Theodor Meron yang menulis memo itu selaku penasihat undang-undang bagi Kementerian Luar Israel ketika itu, memberitahu: “Saya mempercayai saya akan memberikan pandangan yang sama pada hari ini.”

Ketika Israel menyambut ulang tahun ke-40 perang tersebut, Meron, 76, yang dipetik oleh akhbar The Independent, mencabar pendirian yang terus dipertahankan oleh Israel bahawa pendudukan itu tidak bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Menurut The Independent, ia memperoleh salinan pandangan undang-undang yang dilabelkan sebagai “Rahsia Besar” dan “Amat Penting”.

Dengan memetik penulisnya, akhbar tersebut melaporkan, memo itu merumuskan bahawa “penempatan awam di wilayah-wilayah ditadbir bertentangan dengan Konvensyen Geneva Keempat”.

Meron yang pernah bertindak sebagai Presiden Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia juga memberitahu akhbar itu, Menteri Luar, Abba Eban “bersimpati” dengan pandangannya bahawa penempatan awam bercanggah dengan konvensyen-konvensyen Hague dan Geneva yang mengawal selia kuasa-kuasa yang ‘menjajah’.

Bagaimanapun kerajaan Parti Buruh secara berperingkat-peringkat meluluskan penempatan di Tebing Barat yang ditawan meskipun pandangan perundangan telah diberikan kepada Perdana Menteri Levi Eshkol.

Tindakan itu membuka laluan kepada penempatan sekurang-kurangnya 240,000 askar Israel di Tebing Barat.

Dalam Perang Enam Hari itu pada Jun 1967, Israel menawan Semenanjung Sinai daripada Mesir, Bukitr Golan milik Syria dan Tebing Barat serta Timur Baitulmaqdis yang dikuasai Jordan.

No comments: