Wednesday, July 25, 2007

Kelebihan Pengunaan Dinar


Ucapan Nik Aziz di PWTC - Guna dinar untuk sekat kuasa ekonomi Amerika dan Yahudi


KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi terus menguasai ekonomi dunia.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik Aziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia.

Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia, supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

"Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata, " tegasnya. Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya.

Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu.

Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam sempena 'Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar' yang dianjurkan di PWTC pada 25 dan 26 Julai ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan. tv.

Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib-naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

Teks penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).

(Surah Ali Imran, ayat 14)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa" yang sangat penting lagi amat bersejarah ini.

Dato'-dato', Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian,

Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram.

Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar!

Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa.

Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat.

Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.

Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.

Maksudnya:

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.

(Surah Ali Imran : 75)

Maksudnya:

Dan (setelah berlaku perundingan) , dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...

Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.

Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan).

Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.

Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Adia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.

Para Hadirin sekalian,

Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.

Bahkan ramai juag ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan, yang inginkan wang komoditi, kahsnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.

Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.

Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.

Dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.

Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.

Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan.

Sama ada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya. Para hadirin sekalian,

Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan "Gold Dinar Economy" kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia.

Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata.

Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar?

Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur persidangan ini, dan juga semua pembentang kertas kerja, sama ada dari luar negara mahupun dari dalam negara, yang sama-sama telah bersatu tenaga dan idea, dalam menjayakan "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa, " yang sangat penting lagi sangat bersejarah ini.

Friday, July 20, 2007

PeTiKaN KaTa2 BuAt SeMuA

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik lagi benar!!

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar! )

Wednesday, July 18, 2007

MeNgEnAi NuRi


Nak tahu berapa kali Nuri terhempas ?

Oleh AMKNS

"Berikut ialah rekod kemalangan helikopter Nuri dari beberapa sumber akhbar dan internet. Sekurang-kurangnya 13 kemalangan dan 73 orang terkorban yang melibatkan helikopter Nuri.

1969 – Nuri terhempas di Sarawak. 4 anggota TUDM terkorban

1976 – Nuri ditembak pengganas komunis dan terhempas di Gubir, Kedah. 11 anggota tentera terbunuh.

1980 – Beberapa kejadian Nuri terhempas dilaporkan di Perak. Tiada yang terkorban.

1981 – Nuri terhempas di Kuching. 2 anggota TUDM terkorban, 13 yang lain cedera.

1981 – Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak. 4 anggota TUDM cedera.

1989 – Nuri terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak border. 21 orang terkorban.

1989 – Nuri mendarat cemas di Felda Sendayan, Seremban. Tiada kecederaan dilaporkan.

1989 – Nuri terhempas di Lundu, Sarawak. 16 anggota tentera terkorban.

1996 – Nuri terhempas ke dalam laut berdekatan Muka Head, Pulau Pinang. 2 juruterbang terkorban, 3 anggota TUDM hilang. 1997 – 2 helikopter Nuri terhempas selang beberapa minit di Sipitang, Sabah. 8 anggota tentera terkorban.

2004 – Nuri terhempas di Butterworth. 2 anggota TUDM terkorban, 1 orang cedera.

2004 – Nuri terhempas di pergunungan Long Seridan, Sarawak. 3 anngota TUDM terkorban, 7 cedera.

2006 – Nuri mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Kuala Sedaka

Friday, July 13, 2007

KeLeBiHaN BuLaN ReJaB

-BU L AN R EJ AB-

Wahai Saudara-saudaraku yang budiman, Pada hari Isnin tanggal 16 Julai 2007 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita semak ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari
puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada
madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu
Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.
Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"
Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."
Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

InsyALLAH marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan ibadah terhadap ALLAH tambah-tambah lagi di bulan Rejab ini yang mana padanya banyak kelebihan.Gandakanlah ibadah terutamanya amalan berpuasa kerana banyak kelebihan yang ALLAH janjikan padanya.Semoga kita semua di beri kekuatan untuk melakukanya demi menagih keredhaan ALLAH di Dunia dan Akhirat.

Tuesday, July 10, 2007

CaBaRaN ReMaJa IsLaM


perancangan komunis

- Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis untuk hentam Islam

- Memutuskan ikatan agama di antara bangsa-bangsa Islam (suburkan perkauman)

* -Menggunakan Islam untuk hancurkan Islam

* -Menyebarkan fahaman teori Darwinisme – manusia berasal dari beruk

* -Menyebarkan fahaman teori Frued – tumpuan semua kehidupan manusia adalah seks

* Agama candu masyarakat

* China dan Rusia telah membunuh seramai 26 juta penduduk Islam Turkistan

* Yugoslavia, 1 juta penduduk Islam telah dibunuh

Perancangan salibiah

(gerakan hancurkan islam)

*- Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad

*-Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki

* Gladstone, "Selagimana al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya. "

* -Pemerintah Perancis di Algeria, "Kita mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya."

*Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), "Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka."

* Lowrence Brown (paderi), "Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa lemah."

-Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat

*- Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat

* Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak faham akan al-Quran

* -Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas

*- Menonjolkan wanita Barat moden dan wanita Islam mundur

*- Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam

* Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar), "Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang."

Perancangan yahudi

*- Pecahbelahkan dunia Islam, cetuskan peperangan

*- Rosakkan aqidah dan runtuhkan akhlak

-Membina dan melebarkan Negara Israel (ISRAELRAYA)

* -Bina kekuatan ekonomi Yahudi sedunia ( 1 % daripada hasil rokok dunia disumbangkan kepada Israel. Dengan itu, Israel akan menerima 1 bilion – mungkin secara bulanan )

* -Menawarkan bantuan kewangan dan pangkat kepada anak-anak Islam untuk merosakkan remaja Islam – melalui konsert, filem dan sebagainya

* -Menggalakkan pesta-pesta hiburan tanpa sempadan antara lelaki dan perempuan

* -Suburkan pergaulan bebas – awalnya 'Rakan Study', akhirnya …

* -Tubuhkan sesuatu yang berkonsepkan 'BEBAS DARI IKATAN KETAUHIDAN' (Skin-Head dan sebagainya)

* -Serang budaya Islam dengan budaya Barat


AYUH!! SEDAR DIRI!!!...

Dunia mutakhir kini jelas menzahirkan mega cabaran yang melampau tidak kira dalam populasi aspek yang pelbagai. Namun, sesuatu perkara yang paling jelas telah melanda umat Islam zaman kini dan TIDAK ramai yang mengetahui dan menyedarinya iaitu Perang Minda. Musuh-musuh Islam Laknatullahi `alaihim telah mula memasang strategi untuk menjatuhkan Islam menggunakan pengaruh minda telah pun bermula berkurun lamanya. Begitu besar peranan yang wajib dimainkan remaja Islam masa kini. Sedarkah enta? Bayangkan, seorang ketua paderi sedunia tahun 1935, Zeumer, telah menyatakan:

"Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan kehidupan mereka dari Tuhan mereka."

Ini adalah kata-kata seorang ketua paderi dunia tahun 1935 yang menyatakan kerisauannya apabila umat Islam berpegang teguh dengan al-Quran. Umat Islam zaman dahulu menjadi mapan dalam setiap aspek bersusurgalurkan pegangan yang teguh kepada al-Quran. Namun, dapatkah enta tafsirkan sikap umat Islam zaman kini?? Majoriti aktiviti sehariannya dipenuhi dosa dan noda, tidak ubah seperti stail kehidupan orang Barat yang sentiasa bermandikan lautan kemaksiatan dan kemungkaran. Entum merupakan golongan terpelajar, tidak memerlukan syarah yang panjang untuk memahaminya.

Kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islami. Kehidupan muslimin dahulu gemilang bukan hanya kerana dianugerahi ilmu yang bergunung-gunung sahaja, bahkan ilmu-ilmu tersebut semakin direnangi dan diselami sedalam-dalamnya. Kemudian, dikongsi bersama dengan muslimin yang lain bagi menghilangkan kejahilan mereka sesama sendiri.

Namun begitu, bagaimanakah hakikat masyarakat Islam zaman kini? Amat ramai golongan yang berjaya melepasi menara gading dengan cemerlang, tetapi tidak ramai yang membantu mencurahkan ilmu mereka kepada yang lain demi kemaslahatan masyarakat Islam. Walaubagaimanapun, golongan yang kurang berpendidikan pula tidak boleh hanya mengharap kepada golongan berpendidikan. Sebaliknya, mereka wajib membina kekuatan fikir mereka. Bagaimana?? Kekuatan fikir ini hanya boleh dibina dengan amalan membaca.

Slogan-slogan yang menginginkan masyarakat sentiasa mengamalkan amalan membaca telah bertebaran di serata pelusuk dunia, cuma pengaplikasiannya sahaja yang masih di tahap minimum. Penguasaan ilmu ini termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi. Hal ini kerana Islam menggalakkan pengikutnya mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.


Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini:

*- Penguasaan ilmu (fardhu `ain dan fardhu kifayah)

*- Bina kekuatan fikir dengan membaca

*- Kuasai bahasa al-Quran dan mentadabburnya (meneliti dan menghayati)

*- Bina keharmonian dan kemurnian akhlak (tuturkata, adab pergaulan, pemakanan, pemakaian dan sebagainya)

*- Sibukkan diri dnegan gerakan-gerakan, persatuan-persatuan Islam

*- Kembali cintakan ibadah

*- Dampingi golongan alim

*- Sentiasa mendirikan solat jama`ah

*- Jernihkan aqidah dari perkara khurafat

Segala nasihat mahupun teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam melaksanakannya adalah bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita dalam memainkan peranan sebagai remaja Islam. Muhasabahlah… kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah kita pernah menyumbang kepada kebangkitan Islami? Seraplah kembali ilmu di sekeliling selagi masih bersinar untuk dipusatkan di sistem pemusatan idea untuk diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran pemusingan minda dalam diri seorang mukmin untuk menyumbangkan sumbangan yang amat berguna dalam pembangunan kegemilangan Islam.

Monday, July 9, 2007

KaSiH SaYaNg KeRaNa ALLAH

Hub yang berasal dari Allah adalah hub=cinta sejati yang didasari sifat Rahman dan Rahimnya Allah. Agar manusia bisa saling mencintai dan menyayangi yang bukan hanya dari perkawinan saja melainkan bisa saja dipasangkan sebagai ummah dan pimpinan, haruslah memiliki aqidah yang sama (min anfusakum), yaitu aqidah yang telah disucikan dari dosa kemusyrikan, dosa akibat bergolongan, dosa karena menjadikan ummatan wahidan terpecah belah didalam system plural (ash-shobiyah)

Agama Islam adalah agama percintaan dan kasih sayang. Firman Allah di
dalam surah Ar-Rum ayat 21, "Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk
kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan."

Apabila dua insan bercinta, ada yang sayang menyayang kerana "cinta
berahi" yang wujud di antara mereka. Cinta berahi yang sampai ke
jinjang pelamin akan terselamat dari gangguan syaitan. Cinta berahi
yang tercemar dengan hasutan syaitan akan berakhir dengan keterlanjuran.

Di dalam keadaan lain, ada yang sayang menyayang kerana Allah.
Bercinta sesama makhluk kerana Allah adalah lebih selamat. Ia tidak
melukakan hati, tidak meresahkan jiwa, tidak merosakkan akhlak, tidak
perlu risau tentang "frust", tidak perlu melayan perasaan cemburu.
Menurut Rasulullah, menyayangi seseorang kerana Allah dapat
mendatangkan kemanisan iman.[1] Namun, tidak ramai yang mengetahui
caranya.

Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang
hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai
insan itu kerana zatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan
itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat.

Menurut beliau lagi, bahawa seorang lelaki mengahwini seorang wanita
soleh supaya terpelihara dari gangguan syaitan, supaya terjaga
agamanya, supaya memperolehi anak-anak yang soleh dari wanita itu dan
seterusnya anak-anak itu mendoakan untuknya. Lalu apabila lelaki
berkenaan mencintai wanita itu kerana semua sebab-sebab di atas, maka
dia adalah tergolong sebagai salah seorang pencinta kerana Allah.[2]
Perkara ini dinukilkan oleh Al-Ghazali lebih kurang 1000 tahun yang lalu.

Selepas ini, apabila anda mencari cinta, carilah cinta yang wujud
kerana Allah. Apabila anda menemui cinta, tanya diri sendiri, kenapa
aku mencintainya? Apakah kaitan cinta itu dengan akhirat anda?

Wallahu'alam.


Saturday, July 7, 2007

Kisah Teladan


Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan si pengemis itu, si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya, sebagai seorang wanita yang solehah dan patuh pada kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu daripada suaminya,

"Wahai suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu?"

Rupanya suaminya memiliki karakter yang berbeza dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar menjawab,

"Tidak payah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintunya!" Si wanita terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemis tadi sehingga dia berlalu dan kecewa.

Pada suatu masa perdagangan lelaki ini jatuh bangkrap. Kekayaannya habis dan ia menderita kerana banyak hutang. Selain itu, kerana tidak sehaluan sifat dengan isterinya, rumah tangganya menjadi retak sehingga terjadilah perceraian. Tak lama sesudah habis masa iddahnya bekas isteri lelaki yang bangkrap itu menikah lagi dengan seorang pedagang di kota dan hidup bahagia.

Pada suatu hari ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah pintunya dibuka ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya,

"Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berikan makan kepada pengemis itu!".

Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya,

"Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?". Wanita itu menggeleng kepalanya, lalu berkata dengan nada sedih,

"Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dulu". Mendengar keterangan isterinya demikian, sang suami sedikit terkejut, tapi segera ia bertanya kembali,

"Dan engkau, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini? Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!".

Moral Story:
Di dunia ini tidak ada yang abadi, dunia bagaikan roda berputar , ada kalanya di atas ada kalanya juga di bawah, jadi jikalau berada di atas jangan sombong dan takabur, memandang rendah orang lain yang nasibnya tidak beruntung kerana bisa saja nasib berubah dan kita yang dulunya berpunya dan berkuasa kini harus merangkak di bawah.

Buat yang berada di bawah pun harus tetapkan semangat, jangan cuma mengeluh pasrah kerana Tuhan tidak akan merubah keadaan umatNya jika mereka sendiri tidak mahu berubah.