Monday, July 9, 2007

KaSiH SaYaNg KeRaNa ALLAH

Hub yang berasal dari Allah adalah hub=cinta sejati yang didasari sifat Rahman dan Rahimnya Allah. Agar manusia bisa saling mencintai dan menyayangi yang bukan hanya dari perkawinan saja melainkan bisa saja dipasangkan sebagai ummah dan pimpinan, haruslah memiliki aqidah yang sama (min anfusakum), yaitu aqidah yang telah disucikan dari dosa kemusyrikan, dosa akibat bergolongan, dosa karena menjadikan ummatan wahidan terpecah belah didalam system plural (ash-shobiyah)

Agama Islam adalah agama percintaan dan kasih sayang. Firman Allah di
dalam surah Ar-Rum ayat 21, "Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk
kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan."

Apabila dua insan bercinta, ada yang sayang menyayang kerana "cinta
berahi" yang wujud di antara mereka. Cinta berahi yang sampai ke
jinjang pelamin akan terselamat dari gangguan syaitan. Cinta berahi
yang tercemar dengan hasutan syaitan akan berakhir dengan keterlanjuran.

Di dalam keadaan lain, ada yang sayang menyayang kerana Allah.
Bercinta sesama makhluk kerana Allah adalah lebih selamat. Ia tidak
melukakan hati, tidak meresahkan jiwa, tidak merosakkan akhlak, tidak
perlu risau tentang "frust", tidak perlu melayan perasaan cemburu.
Menurut Rasulullah, menyayangi seseorang kerana Allah dapat
mendatangkan kemanisan iman.[1] Namun, tidak ramai yang mengetahui
caranya.

Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang
hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai
insan itu kerana zatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan
itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat.

Menurut beliau lagi, bahawa seorang lelaki mengahwini seorang wanita
soleh supaya terpelihara dari gangguan syaitan, supaya terjaga
agamanya, supaya memperolehi anak-anak yang soleh dari wanita itu dan
seterusnya anak-anak itu mendoakan untuknya. Lalu apabila lelaki
berkenaan mencintai wanita itu kerana semua sebab-sebab di atas, maka
dia adalah tergolong sebagai salah seorang pencinta kerana Allah.[2]
Perkara ini dinukilkan oleh Al-Ghazali lebih kurang 1000 tahun yang lalu.

Selepas ini, apabila anda mencari cinta, carilah cinta yang wujud
kerana Allah. Apabila anda menemui cinta, tanya diri sendiri, kenapa
aku mencintainya? Apakah kaitan cinta itu dengan akhirat anda?

Wallahu'alam.


No comments: