Monday, April 2, 2007

ISLAM DAN KENEGARAAN

Fahaman yang menyatakan masalah politik atau kenegaraan dipisahkan daripada islam ditanam oleh penjajah ke dalam fikiran sebahagian besar ummat islam.Sebenarnya teori ini diambil daripada Kristian yang dianut oleh dunia barat dan juga hasil pertembungan di antara gereja dan istana dan juga di antara gereja dan perkembangan ilmu sains yang mencetuskan revolusi industri.

Penjajah bukan sahaja dalam memasukkan fahaman tersebut ke dalam pemikiran ummat islam dan tanahair mereka,tetapi juga dapat mewujudkan di kalangan ummat islam sendiri meraka yang menganut dan memperjuangkan fahaman tersebut.

Di antara faktor yang meneluskan ajaran itu ke dalam masyarakat islam ialah kerana penyelewengan pemerintah, kemajuan ulama' dan kejahilan ummat. Ulama' yang jumud pula bersengkongkol dengan kerajaan sehingga membolehkan undang-undang ciptaan manusia dilanksanakan dan syariat Islam ditinggalkan.

Kesemua mereka yanag menganut sekularisma, sama ada kanan atau kiri mengaku menjadi penganut dan pengamal Islam, tetapi pada masa yang sama mereka tidaktunduk dan patuh kepada hukum Islam, perintah dan larangan kitab al-Quran dan al-Sunnah, bahkan memaksa Islam tunduk kepada segala kemahuan mereka dengan cara dan kadang-kadang sampai tahap mempersenda-sendakan Islam tu sendiri.

Perkara kenegaraan menjadi sebahagian daripada ajaran Islam berdalilkan nas-nas al-Quran al-Karim, sunnah Rasullullah S.A.W. difahami oleh ummat Islam sebelum dipengaruhi penjajah. Ini dibuktikan oleh sejarah Islam dan pengakuan para orientalis yang mengkaji tentang ajaran Islam.

Hakikatnya negara Islam mempunyai sifatnya yang tersendiri berlandaskan aqidah dan perlaksanaan syariatnya yang syumul sehingga dapat membezakannya dengan negara autokrasi (ugama) dan demokrasi yang dikenali oleh orang-orang bukan Islam.

No comments: