Thursday, April 12, 2007

CoReTaN EmiN

Kehidupan di dunia adalah bersifat sementara sahaja, kesudahannya adalah alam Akhirat yang bersifat kekal abadi.Hidup di dunia merupakan jambatan menuju Akhirat yang kekal dan di sanalah penentuan samada baik atau buruk nasib seseorang, kerana ALLAH S.W.T telah menyediakan dua kediaman utuk manusia samada syurga atau neraka.

ALLAH jadikan kehidupan dunia yang bersifat sementara ini sebagai tempat untuk menguji sejauh mana ketaatan dan kepatuhan manusia terhadapNYA, dengan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah yang ditinggalkan kepada junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Jibril.Sebagaimana mafhum hadis maksudnya "AKU tinggalkan kepadamu dua perkara yang mana jikalau kamu berpeggang teguh kepada kedua-duanya nascaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu al-Quran dan al-Sunnah".

Oleh itu sedarlah wahai insan dengan hakikat semua ini, dan marilah sama-samalah kita muhasabah diri masing-masing adakah selama ini kita telah menjalani segala suruhan ALLAH dan meninggalkan segala laranganNYA, yang mana pastinya apabila ingkar terhadap perintahNYA dimurkai ALLAH. Sebagaimana mafhum firman ALLAH S.W.T. maksudnya "tidaklah AKU jadikan manusia dan jin melainkan untuk memperhambakan diri mereka kepadaKU".

Sedar atau tidak kita sekarang sedang melalui zaman yang penuh dengan teknologi moden dan serba maju dalam semua keadaan iaitu dikenali sebagai zaman dunia terbuka. Dalam masa yang sama juga kita dapati pelbagai kerosakan dan kepincangan yang berlaku di dalamnya tanpa ada cegahan daripada pihak berwajib, malah memberi ruang sepenuhnya.Kalau kita tengok sekarang nie terutamanya di tanahair kita sendiri pelbagai kerosokan berlaku tanpa di bendung dengan serius, contohnya gejala murtad,keruntuhan moral dan akhlak anak-anak muda yang begitu menggerunkan kita semua.Bagaimanakah jadinya tanahair kita untuk jenerasi dan pelapis yang akan datang??????sama-samalah kita muhasabah diri ekkkk!!!!

Sedar tak sedar kita semakin dekat dengan hari yang dijanjikan ALLAH sebagai Kiamat, yang pasti akan berlaku.Semakin hari semakin kurang umur hidup kita di dunia yang fana ini, yang bakal menemui mati dan bakal berhadapan dengan perhitungan ALLAH S.W.T. yang begitu adil dan tak rasuah sama sekali.Marilah sama-sama kita menyedari hakikat ini dengan insaf dan mengislahkan diri dari tak baik kepada baik dan dari baik kepada terbaik.Hanya kitalah yang mampu mengubah diri masing-masing, karana ALLAH telah menyatakan dalam al-Quran maksudnya “Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali diri dia sendiri yang berubah.”

Hanya sekadar ini saja yang dapat saya coretkan buat tatapan semua kawan-kawan, mudah-mudahan dengan sedikit kata-kata ini dapat mencetuskan rasa keinsafan dalam diri dan sama-sama kita muhasabah demi untuk kebaikan bersama.Hitung-hitungkanlah diri masing-masing sebelum tiba perhitungan ALLAH S.W.T di mahkamah Akhirat, yang mana hari tidak ada manfaat oleh anak pinak dan harta benda melainkan meraka yang datang kepada ALLAH dengan hati yang sejahtera. Dan insyALLAH mudah-mudahan memperolehi keredhaan di Dunia dan seterusnya di Akhirat……


No comments: