Wednesday, May 30, 2007

KeS LiNa JoY DaH SeLeSai


Syukur Alhamdulilah kepada ALLAH kerana hari ini selesai sudah perbicaraan Lina Joy,sekali lagi bagi harapan kepada kita bahawa apabila hasrat dia untuk menukar perkataan islam dalam kad pengenalan tidak berjaya.Bayangkan jikalau keputusan berlaku sebaliknya,maka bertambah buruk lagi keadaan yang akan berlaku kepada anak-anak melayu kita pada masa akan datang.

Azlina Jailani, wanita yang menukar agama ke Kristian, gagal dalam rayuannya hari ini untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan untukmemaksa Jabatan Pendaftaran Negara memadamkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya.

Dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Azlina, 42,yang telah menukar namanya kepada Lina Joy, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum JPN boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.

Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata, JPN berhak untuk menggenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Ahmad Fairuz dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Sherif menolak rayuan itu, manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum, membenarkan deklarasi yang dipohonnya.

Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept., 2005 menghalangnya daripada menggugurkan perkataan"Islam" dari kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.

Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden. Pada 2 Feb., 1997, dia memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy dengan alasan dia telah menganut agama Kristian, tetapi permohonan itu ditolak pada 11 Ogos, 1997.

Mari lah sama-sama kita berganding tenaga bagi memastikan sahabat,masyarakat dan anak bangsa kita selamat daripada fitnah murtad ini.Hargailah nikmat paling besar yang ALLAH anugerahkan kepada kita dengan islam dan iman sebagai tiket untuk menuju kebahagian negeri Akhirat yang kekal abadi.Dan pastikan diri kita berada dalam perlindungan ALLAH selalu.Dan minta doalah selalu semoga ALLAH jauhkan kita dari segala fitnah yang akhirnya mengundang bala ALLAH S.W.T.

Sunday, May 27, 2007

ReNunGaN bErSaMa

Israel memang sedar duduki wilayah Palestin tidak sah

Satu memo sulit yang didedahkan hari ini membuktikan kerajaan Israel sememangnya menyedari tindakannya menduduki wilayah Palestin adalah tidak sah selepas ia menang dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Theodor Meron yang menulis memo itu selaku penasihat undang-undang bagi Kementerian Luar Israel ketika itu, memberitahu: “Saya mempercayai saya akan memberikan pandangan yang sama pada hari ini.”

Ketika Israel menyambut ulang tahun ke-40 perang tersebut, Meron, 76, yang dipetik oleh akhbar The Independent, mencabar pendirian yang terus dipertahankan oleh Israel bahawa pendudukan itu tidak bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Menurut The Independent, ia memperoleh salinan pandangan undang-undang yang dilabelkan sebagai “Rahsia Besar” dan “Amat Penting”.

Dengan memetik penulisnya, akhbar tersebut melaporkan, memo itu merumuskan bahawa “penempatan awam di wilayah-wilayah ditadbir bertentangan dengan Konvensyen Geneva Keempat”.

Meron yang pernah bertindak sebagai Presiden Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia juga memberitahu akhbar itu, Menteri Luar, Abba Eban “bersimpati” dengan pandangannya bahawa penempatan awam bercanggah dengan konvensyen-konvensyen Hague dan Geneva yang mengawal selia kuasa-kuasa yang ‘menjajah’.

Bagaimanapun kerajaan Parti Buruh secara berperingkat-peringkat meluluskan penempatan di Tebing Barat yang ditawan meskipun pandangan perundangan telah diberikan kepada Perdana Menteri Levi Eshkol.

Tindakan itu membuka laluan kepada penempatan sekurang-kurangnya 240,000 askar Israel di Tebing Barat.

Dalam Perang Enam Hari itu pada Jun 1967, Israel menawan Semenanjung Sinai daripada Mesir, Bukitr Golan milik Syria dan Tebing Barat serta Timur Baitulmaqdis yang dikuasai Jordan.

Monday, May 21, 2007

TaUbAt

Setiap insan yang bernama manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa samada kecil atau besar,oleh hal yang demekian maka Rasullah S.A.W meneladani kita dengan amalan bertaubat kepadaNYA untuk menebus segala kesalahan yang lalu.Sebagaimana mafhum daripada sebuah hadis bersabda Rasullah S.A.W :”Setiap daripada Anak Adam melakukan kesalah,dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang-orang yang sentiasa bertaubat”.

Seorang hakim ditanya: Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah diterima?
Jawabnya : Ya, ada 4 tanda atau alamatnya iaitu:

1. Putus hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bersahabat dengan orag-orang soleh
2. Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ketaatan.
3. Hilang rasa kesenangan kepada dunia pada hatinya dan selalu ingat akan kesusahan akhirat
4. Percaya kepada jaminan Allah dalam urusan rezekinya lalu menyibukkan diri menunaikan perintah Allah

Maka bila terdapat semua sifat itu maka dia termasuk dalam ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang bertaubat dan kasih pada yang suka bersuci".

Kemudian dia berhak memperolehi daripada orang lain 4 perkara iaitu:

1. Mereka cinta kepadanya kerana Allah telah cinta kepadanya
2. Mereka akan memeliharanya dan selalu mendoakannya
3. Mereka lupa terhadap dosa-dosanya yang telah lalu
4. Mereka selalu membantu dan mendekatinya

Manakala Allah akan memuliakannya dengan 4 perkara:

1. Melepaskannya dari dosa sehingga seolah-olah dia tidak pernah berdosa
2. Dia dicintai oleh Allah
3. Dia dipelihara dari gangguan syaitan.
4. Dia diamankan dari rasa takut sebelum keluar daripada dunia ini

Renunglah dan hitung-hitungkanlah diri kita semua,adakah setimpal taubat yang kita lakukan berbanding dengan kesalahan yang kita perbuatkan selama ini.Marilah sama-sama kita perbanyakkan amalan taubat terhadap ALLAH,terutamanya diri ini yang serba kurang lagi daif.Ya ALLAH bagilah kekuatan kepada kami supaya sentiasa melakukan taubat terhadapMU dan sentiasa mentaati segala suruhanMU dan meninggalkan segala laranganMU dalam menempuhi hidup yang masih lagi berbaki.Semoga mendapat redhaMu di Dunai dengan keberkatan hidup dan redhaMu di Akhirat dengan Syurga yang kekal abadi.


Saturday, May 19, 2007

INgat Mati SumBer KekuataN iMaN



Bagi Muslim yang ingin hidup diredai Allah, Rasulullah SAW menyarankan supaya selalu ingat kepada mati kerana orang yang selalu ingat mati pasti menjemputnya, Rasulullah SAW menganggap orang itu orang yang terkaya.

Ibn Mas’ud berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Siapakah Mukmin utama? Jawab Nabi SAW: Yang terbaik budi akhlaknya. Dan Mukmin yang manakah yang terkaya? Jawab baginda: Yang banyak ingat mati, dan baik pula persediaannya.”

Sesungguhnya insan yang sering kali dalam hidupnya ingat terhadap mati, sudah tentu kalbunya dipenuhi bunga keinsafan yang akan mendorongnya untuk :

  • tidak bersikap sombong
  • selalu bertawaduk
  • segala gerak dijadikan ibadat
  • lidahnya tetap basah dengan zikrullah baik malam atau siang

Lalu terbinalah sebuah akhlak insan terpuji dan dihormati.

Abu Hamid Allafaf pernah berkata: “Siapa yang sering ingat mati, maka dimuliakan dengan tiga macam iaitu: segera bertaubat, terima terhadap rezeki (tidak tamak) atau qanaah dan tangkas beribadat.” (Kitab Tanbihul Ghafilin)

Ingat kepada mati, menjadikan seseorang itu akan segera bertaubat kerana mati itu rahsia Allah. Tidak ada seorang yang tahu bila dan di mana dia akan mati.

Ia dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud: “Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan dilakukan esok hari, sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui di manakah ia akan mati.” (Surah Luqman, ayat 34)

Jika tidak segera bertaubat (bertangguh tunggu esok, lusa, bulan depan atau nanti sudah tua) maka dikhuatiri matinya sebelum sempat bertaubat. Segera bertaubat sebenarnya wajib dan dituntut agama.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Orang yang ingat mati, juga sedar hidup di dunia persinggahan sebentar dan akhirat tempat yang abadi. Rasulullah bersabda: “Hendaklah engkau berada di dalam dunia seolah-olahnya engkau seorang yang berdagang atau pengembara yang sedang dalam perjalanan.” (Hadis riwaat Ibn Umar)

Lantaran itu, dia tidak memerlukan rezeki melebihi keperluan hidupnya. Jika bekerja mencari rezeki, tidak sampai bersikap tamak haloba dan langsung lupa kepada Allah.

Ingat mati mendorong kita sentiasa mempertingkat amal ibadat, sama ada yang fardu mahupun sunat. Perhambaan diri kepada Allah dengan penuh ikhlas dan cinta yang suci serta istiqamah.

Di samping itu, seseorang yang menyedari bahawa mati adalah suatu yang pasti, akan sentiasa berusaha sedaya upaya menjauhkan diri daripada melakukan dosa atau perkara dilarang Allah SWT. Dia takut kepada azab yang Allah sediakan di akhirat nanti untuk orang berdosa.

Kita sewajarnya ingat benar-benar akan pesan Rasulullah SAW: “Banyak-banyaklah kamu mengingati kejadian yang akan menghancurkan segala kelazatan iaitu maut (mati).” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Apabila tidak lupa kepada mati, maka kesannya sungguh baik. Akhlaknya terpuji, ibadatnya bermutu dan istimewanya menjadi hamba sangat disayangi dan diredai Allah.

Maka dengan ini marilah kita muhasabah diri sejauh manakah keimanan kita terhadap ALLAH dan rasulNYA.Untuk menyuburkan lagi keimanan kita banyakkan mengingati mati kerana dengan ini kita dapat meraih dan meningkatkan mutu keimanan demi untuk kebaikan bersama bagi menjamin keselamatan di dunia seterusnya akhirat.

Thursday, May 3, 2007

Awas Perangkap Kristian Terhadap Remaja Islam

Kesempatan kali ini saya cuba bawa kepada anda semua mengenai perancangan jahat puak Kristian terhadap anak-anak muda islam kita dengan satu perancangan yang begitu halus dan teliti sekali,demi untuk menarik anak-anak muda islam zaman sekarang mengikut agama Kristian.Tambah-tambah pulak Negara kita yang memberi peluang hak asasi manusia secara meluas kepada rakyatnya melalui perlembagaan.Marilah sama-sama kita ambil pengajaran daripada semua ini mudah-mudahan keluarga kita selamat dari segala perancangan halus mereka.Awasi selalu pergerakan anak-anak kita supaya tidak terjebak dengan mereka.Seterusnya sebagai panduan marilah sama-sama kita melihat apakah perancangan dan perangkap kristian selama ini sebagai renungan bersama.


PERANCANGAN

Berdasarkan penyelidikan Dc. Rubiah serta anggota NGO Islam yang lain,pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan “Dunia Hiburan” dan “Dunia Sukan” sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai “perangkap” yang digunakan oleh pihak Kristian ini amat membimbangkan kita semua.

Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja.

Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, sama ada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah

“Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?”,
“Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”,
“Saya tertarik dengan tingkah laku awak”.
“Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi”

Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka Kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP

Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persahabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun tidak ada. Tetapi awas, para ibubapa.

Satelah sekian lama bersama serta mendapati si gadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan”langkah sebenarnya” yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis ternoda. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawab diatas perbuatan mereka seraya berkata “Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama”

Seterusnya kata si jejaka “Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa.

Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya.”

Kata si jejaka lagi, “Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita.”

Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapatkan dua juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima….hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan Negara demi untuk memelihara islam yang sudah kita miliki secara fitrah dari ALLAH.

DOA

“Doa adalah senjata para mukmin”. Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa mereka,terutamanya keluarga kita sendiri kena pasti sungguh-sungguh. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.

Amin……Ya Rabbil A’lamin.